MIC mencabar DAP untuk bertanding di kerusi majoriti Melayu dalam pilihan raya yang akan datang sekiranya mahu membuktikan rakyat Malaysia menerima idealisme parti tersebut.
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan berkata, DAP sebelum ini tidak berani bertanding di kerusi majoriti Melayu berbanding MIC.
Katanya, MIC juga telah berinteraksi dengan komuniti India di seluruh negara semasa pilihan raya umum yang lalu, tidak kira sama ada mereka bertanding di kawasan tersebut berbanding DAP.
“Tetapi anda (DAP) hanya mendirikan sebuah gerai berhampiran sebuah kedai Cina yang besar (untuk berkempen).
“Kalau berani, tinggalkan kawasan majoriti Cina dan bertanding di kawasan majoriti Melayu pada pilihan raya umum akan datang. Mari kita lihat jika anda boleh memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi,” kata Saravanan.
Walau bagaimanapun, Saravanan mengakui bahawa masyarakat Cina telah menyokong DAP secara besar-besaran dalam pilihan raya umum yang lalu, manakala ramai orang Melayu juga telah meninggalkan Umno – sekali gus menyebabkan MIC dalam keadaan tidak menentu.
“Tetapi anda hanya pergi dan bertanding di kawasan yang mempunyai minimum 40 peratus majoriti Cina…namun anda mendakwa diri anda mewakili masyarakat India.
“Kami dengan berani bertanding di kerusi majoriti Melayu dan India, tanpa mengira peluang untuk menang atau kalah,” tambahnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

