DATUK Ewon Benedick telah pun menghantar surat peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Perkara itu dimaklumkan sendiri Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dalam hantaran di Facebook.
Menurut Ewon, surat peletakan jawatan itu telah diutuskan kepada Perdana Menteri, pagi tadi.
Ewon memberitahu, beliau akan mula menghabiskan baki cuti sebelum secara rasmi tidak lagi menjawat jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
“Secara rasminya, saya sudah mengemukakan surat peletakan jawatan saya sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pagi hari ini.
“Bermula hari ini juga, saya akan mula menghabiskan baki cuti yang ada.
Baca artikel lain: ‘I will..,” kata Anwar isu peletakan jawatan Ewon Benedick
“Petang ini, saya akan mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UPKO untuk membinangkan agenda ‘Sabah First’ yang sentiasa menjadi asas perjuangan Parti UPKO selama ini seperti mana termaktub dalam Perlembagaan parti,” katanya dalam hantaran tersebut.
Sabtu lalu, Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Media sebelum ini melaporkan Ewon bersedia meletakkan jawatan dalam Kabinet jika Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengiktiraf hak Perlembagaan Sabah berhubung 40 peratus hasil Persekutuan.
Mengulas mengenai peletakan jawatannya, Ewon berkata, sangat janggal untuk meneruskan keanggotaan dalam Kabinet Persekutuan berdasarkan pendirian dan pandangan dinyatakan AGC seperti mana dinyatakan dalam penghakiman bertulis.
Menurut beliau, AGC antaranya mengabaikan sejarah pembentukan Persekutuan Malaysia yang mencakupi syarat-syarat persetujuan Sabah menyertai penubuhan Persekutuan Malaysia seperti mana dinyatakan melalui dokumen-dokumen asas Perlembagaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

