SEPASANG kekasih ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada pemeriksaan polis dalam kejadian di BPS 4, Senawang, awal pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Muhd Amrul Yazid Anuar memaklumkan, dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 pagi itu, anggota polis yang sedang melakukan rondaan di kawasan tersebut terserempak dengan sebuah Perodua Bezza dinaiki pasangan kekasih tersebut.
Menurut beliau, anggota berkenaan telah menghampiri Perodua Bezza itu yang berada dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan.
“Ketika anggota menghampiri kenderaan berkenaan, pemandu telah mengundurkan kereta dan melanggar MPV polis sebelum memecut melarikan diri.
“Polis kemudian mengejar kenderaan suspek dari Jalan Senawang menuju ke susur keluar ke Seremban berhampiran jejambat Lebuhraya LEKAS, Senawang, sebelum kereta terbabit terbabas dan melanggar tembok,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: Suami isteri maut motosikal langgar lori rosak di bahu jalan
Mengulas lanjut, Muhd Amrul berkata, pemeriksaan mendapati Perodua Bezza itu dinaiki oleh pemandu lelaki berusia 23 tahun dan penumpang wanita berusia 22 tahun.
“Semakan rekod jenayah lampau mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod, manakala ujian saringan air kencing juga negatif.
“Kedua-dua mereka telah ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

