Suami isteri maut motosikal langgar lori rosak di bahu jalan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEPASANG suami isteri maut selepas motosikal yang ditunggang mereka merempuh sebuah lori rosak diletakkan di tepi jalan Kilometer 97 Jalan Pan Borneo Sibu-Bintulu di Sepiring, Selangau, Mukah, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias memaklumkan, kejadian tersebut berlaku pada pukul 7.45 malam tadi.

Menurut Muhamad Rizal, pasangan suami isteri yang berusia 28 tahun itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal yang ditunggang oleh pasangan suami isteri dari arah Bintulu ke Selangau.

Baca artikel lain: Wanita maut, dua lagi cedera Perodua Bezza terbalik di Lebuhraya KL-Karak

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal tersebut telah hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah lori rosak yang diletakkan di bahu jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Rizal memberitahu, mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Rahmat Jalimin di talian 011-31627137 atau 084-871222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jentera Pas kawasan ditandingi Bersatu diarah bantu DUN lain

JENTERA Pas yang berada di kawasan ditandingi calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

More Articles Like This