PRN Sabah: Kerajaan MADANI perlu sokongan rakyat untuk teruskan perjuangan laksana MA63 – Nurul Izzah

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERAJAAN MADANI memerlukan sokongan penuh daripada rakyat Sabah dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) di negeri itu bagi memastikan perjuangan pelaksanaan MA63 diteruskan.

Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, PKR dan Kerajaan MADANI akan terus berusaha dengan penuh keazaman untuk bekerja serta mendengar suara rakyat di Sabah.

Beliau berkata, sejak Kerajaan MADANI mengambil alih pentadbiran pada 2022, usaha untuk memperjuangkan pelaksanaan MA63 telah pun dipertingkat, dipercepat dan digerakkan dengan lebih serius.

“Dalam tempoh tiga tahun, Kerajaan MADANI telah berjaya menyelesaikan sembilan tuntutan utama , sesuatu yang gagal direalisasikan oleh pentadbiran sebelum ini. Langkah-langkah yang sebelum ini tidak pernah diambil, kini telah pun dilaksanakan.

“Namun, usaha ini belum selesai , kita baru tiba ke pertengahan jalan. Jangan patahkan usaha ini. Jangan biarkan perjuangan ini terhenti separuh jalan.

“Jika Kerajaan MADANI tidak lagi diberi amanah untuk meneruskan perjuangan demi kepentingan Sabah, segala usaha yang telah dibina selama tiga tahun ini, akan kembali ke titik permulaan,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah berkata, Kerajaan MADANI memerlukan sokongan yang lebih kuat daripada rakyat Sabah sendiri untuk memastikan perjuangan menegakkan hak Sabah benar-benar tertunai.

Dahulu, katanya, ada parti yang lantang melaungkan slogan “Sabah Ubah” sepanjang 26 bulan memerintah tetapi rakyat tidak merasai sebarang perubahan.

“Rizab kewangan negeri menurun, ekonomi merosot hampir 10 peratus, dan janji untuk menyelesaikan krisis air dalam tempoh setahun juga gagal ditunaikan. Semua itu hanyalah janji kosong dan retorik politik semata-mata.

“Kami percaya bahawa Sabah berhak menerima yang terbaik sebagai sebuah negeri yang bermaruah dan berdaulat. Dengan semangat itu, kami akan terus berusaha sedaya upaya, demi kemajuan Negeri di Bawah Bayu,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN, PRU: Tak tercalon ‘duduk diam-diam’, rezeki itu rahsia Tuhan

DALAM mana-mana pilihan raya, baik Pilihan Raya Umum (PRU) mahupun Pilihan Raya Negeri (PRN) juga Pilihan Raya Kecil (PRK),...

More Articles Like This