23 pintu rumah panjang Kampung Long Loyang musnah terbakar

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SEBANYAK 23 pintu rumah panjang di Kampung Long Loyang, Tinjar, Miri musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku malam tadi sehingga mengakibatkan seorang warga emas cedera.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.33 malam sebelum anggota dari Balai Bomba Lopeng bergerak ke lokasi kejadian.

Katanya, pasukan bomba tidak dapat meneruskan perjalanan akibat keadaan jalan balak yang licin selain hujan lebat, suasana gelap serta penglihatan terhad.

Bagaimanapun, katanya lagi, penduduk kampung bertindak awal dengan membuat pemecah api menggunakan pam air untuk membasahkan blok berhampiran bagi mengelakkan api merebak.

Baca artikel lain: Tiada masalah jika Susilo tidak bersetuju – PM

“Api berjaya dipadamkan oleh penduduk pada jam 10.07 malam,” katanya menerusi kenyataan sambil menambah mangsa yang melecur telah mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Long Loyang.

Seramai 191 penduduk daripada 22 pintu terjejas dalam kebakaran itu, namun mereka tidak dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara sebaliknya menumpang di kediaman saudara terdekat.

Tiada kematian dilaporkan setakat ini dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This