PERIKATAN Nasional (PN) menamakan Dg Nor Syafiqah Abdul Hamid sebagai calon yang akan bertanding merebut kerusi Dewan Undangan N. 35 Sindumin dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee dalam kenyataan malam tadi.
Katanya, pengumuman itu melengkapkan senarai 41 orang calon yang diberikan kepercayaan untuk bertanding di bawah panji dan logo PN dengan membawa aspirasi “Kasi Bagus Sabah”.
“PN percaya bahawa kesemua calon yang diketengahkan mempunyai tekad dan keupayaan untuk menyempurnakan amanah sebagai wakil rakyat sekiranya diberikat mandat oleh rakyat di kawasan dewan undangan masing-masing,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

