PRN Sabah: Tiga calon PKR boleh beri kesan, ada rekod suka lompat parti – Rafizi

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

TIGA calon PKR dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini dikhuatiri memberi kesan yang tidak baik kepada parti itu.

Perkara itu disuarakan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli yang melihat ketiga-tiga calon berkenaan mempunyai rekod suka melompat parti.

Rafizi berkata, hal itu kerana PKR mempunyai pandangan yang berbeza terhadap calon lompat sejak dari dahulu.

“Datuk Yamani Hafez Tun Musa Aman adalah anak kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah sekarang. Sebelum ini menganggotai UMNO, kemudian Bersatu dan kini PKR. Maksudnya parti yang berkuasa di Persekutuan, parti itulah jadi platform politik beliau.

“Begitu juga calon Melalap, Datuk Jamawi Jaafar. Sebelum ini dalam Umno, bila Warisan berkuasa, beliau masuk Warisan. Tahun 2020 Warisan jatuh, beliau kembali kepada UMNO. Bila UMNO tidak sebulu dengan GRS tahun 2023, beliau masuk GRS. Kini masuk PKR.

“Seorang lagi calon ialah George Hiew. Asalnya DAP, kemudian masuk Warisan dan sempat jadi pembantu menteri. Bila Warisan jatuh, masuk GRS, dan kini PKR,” katanya menerusi hantaran di media sosial beliau.

Baca artikel lain: BUDI95: Ada kemungkinan ketirisan baharu akan berlaku – Rafizi

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, satu pandangan merasakan calon lompat adalah seperti durian runtuh kerana yang melompat itu selalunya sudah ada nama, pangkat dan pengaruh.

Katanya, sekiranya calon yang melompat itu adalah bekas wakil rakyat di kawasan itu sebelum ini, peluang menang mungkin lebih tinggi.

Manakala, jelas beliau, satu lagi pandangan berpendapat ia tidak serasi dengan jiwa reformasi yang mahu melihat ahli politik yang berprinsip.

“Jika calon yang melompat itu benar-benar berjiwa reformasi, kita tidak perlulah lawan dia sebelum ini – sama ada memang dia sudah berada dalam PKR dari awal, atau dia seorang wakil rakyat yang baik.

“Bagi saya, strategi parti mestilah tepat dengan kehendak rakyat. PKR tampil di persada politik negara dengan janji untuk membawa politik baru dan membuang budaya lama yang menjadikan mandat rakyat sebagai percaturan tawar menawar,” katanya.

Rafizi menambah, PKR pernah mempunyai pengalaman masuk pilihan raya dengan menampilkan bekas wakil rakyat yang lompat parti, iaitu semasa pilihan raya negeri Melaka yang lepas.

Begitupun, katanya, hasil daripada keputusan itu adalah tidak baik yang mana PKR kalah semua kerusi walaupun dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 parti itu mencatatkan kemenangan terbesar dalam sejarah di Melaka.

“Setiap dari kita, apatah lagi yang memimpin parti politik, akan terus berdepan dengan dua pilihan dalam setiap keputusan: sama ada kita memilih jalan pintas untuk menang (contohnya mengambil calon lompat yang pasang siap); atau kita memilih untuk menang atas usaha melahirkan calon-calon yang kita didik sendiri,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This