Pengasas eHATI, suami dipercayai larikan diri ke luar negara

Dari Penulis

PENGASAS sebuah program motivasi kontroversi iaitu eHATI dan suaminya dipercayai telah melarikan diri ke luar negara sebelum waran tangkap ke atas kedua-duanya dikeluarkan sebelum ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar seperti dilapor Sinar Harian Online, hari ini.

Menurut Shazeli, pasangan berkenaan dipercayai telah melarikan diri ke sebuah negara di rantau Asia Tenggara.

Beliau berkata, pengasas program eHATI dan suaminya itu disyaki meninggalkan negara melalui laluan sah pada 13 Oktober sebelum pertuduhan dijatuhkan pada 14 Oktober lalu.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) percaya mereka telah larikan diri ke luar negara sebelum pertuduhan dilaksanakan.

“Namun, kita telah kenal pasti ke negara mana mereka pergi dan PDRM akan berhubung dengan rakan strategik negara itu untuk membantu mengesan penama yang dikeluarkan waran tangkap ke atas mereka.

“Mereka bergerak lebih awal sebelum waran dikeluarkan,” katanya dalam sidang akhbar pelupusan dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Baca artikel lain: eHATI: Polis sahkan terdapat aktiviti bogel ‘Queens Night’

Sebelum ini, Shazeli mengesahkan dua waran tangkap dikeluarkan terhadap dua individu termasuk pengasas program eHATI berikutan kegagalan mereka hadir ke mahkamah.

Media bulan lalu melaporkan, pasangan suami isteri dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret berasingan di Shah Alam, atas pertuduhan melanggar Akta Kaunselor berkaitan penganjuran motivasi rumah tangga, eHati, tahun lalu.

Shazifh Osman, 38, dan Munira Hishamshah, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan masing-masing dibacakan di hadapan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin dan Majistret Cynthia Noor Haizean Sulaiman.

Berdasarkan pertuduhan, suami isteri yang juga doktor klinik kecantikan itu didakwa sudah menjalankan suatu kesalahan di bawah amalan sebagai kaunselor yang berdaftar di Dewan Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Seksyen 15, Shah Alam, antara 27 hingga 30 September tahun lalu.

Justeru, mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 22 (1) (a) Akta Kaunselor 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (2) akta sama.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This