JIM Johor tangkap 123 PATI dalam serbuan di kilang plastik di Johor Bahru

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SERAMAI 123 pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dalam serbuan di sebuah kilang plastik di Johor Bahru, 14 November lalu.

Ketua Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, serbuan itu dilakukan menerusi Ops Mahir pada jam 7 petang melibatkan sepasukan pegawai penguatkuasa dari Bahagian Penguatkuasa Negeri Johor bersama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).

Katanya, serbuan itu berjaya membongkar penggunaan besar-besaran pekerja asing tanpa pas yang sah dipercayai bekerja tanpa kebenaran, gagal mengemukakan dokumen sah serta melanggar peruntukan Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Menurut Mohd Rusdi, turut ditahan seorang warga tempatan yang merupakan pegawai sumber manusia kilang tersebut.

“Ketika operasi dijalankan, suasana menjadi kecoh apabila sebahagian pekerja cuba melarikan diri dan bersembunyi di beberapa lokasi tersembunyi dalam kawasan kilang. Namun, tindakan pantas anggota penguatkuasa berjaya menutup semua laluan keluar menamatkan cubaan meloloskan diri.

“Serbuan ini adalah hasil pemantauan intensif selama beberapa minggu, susulan maklumat dan aduan awam mengenai kegiatan majikan yang dipercayai menggajikan warga asing secara tidak sah bagi mengelakkan kos penggajian yang lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Mohd Rusdi berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki dewasa warganegara Nepal, 45 lelaki dewasa warganegara Bangladesh, 23 lelaki dewasa warganegara Myanmar dan tiga lelaki dewasa warganegara India.

Katanya, turut ditahan seorang lelaki dewasa warganegara Pakistan, 48 perempuan dewasa warganegara Myanmar, seorang perempuan dewasa warganegara Nepal dan seorang perempuan dewasa warganegara India berusia dalam lingkungan 20 tahun hingga 48 tahun.

Jelas beliau, kesemua yang ditahan disyaki telah melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“JIM Johor memberi amaran keras bahawa sebarang taktik untuk menyembunyikan pekerja asing tanpa izin tidak akan terlepas daripada radar penguatkuasaan.

“Operasi ini akan diteruskan dan diperhebat bagi mengekang penyalahgunaan pekerja asing serta memastikan kedaulatan undang-undang dipertahankan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

TVET pengangkutan buka 3,208 peluang kerja untuk veteran ATM

SEBANYAK 3,208 peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan disediakan kepada anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi kerjasama strategik...

More Articles Like This