PERSIDANGAN Pembangunan Telekomunikasi Sedunia 2025 (WTDC-25) menjadi platform utama untuk memperkukuh peranan negara dalam menentukan hala tuju pembangunan telekomunikasi global bagi empat tahun mendatang.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, dalam persidangan empat tahun sekali itu, Malaysia akan berkongsi pengalaman sebagai anggota Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dan pelaksanaan projek keterhubungan negara terutamanya rangkaian 5G.
Katanya, ketika Segmen Peringkat Tinggi, beliau menegaskan komitmen penuh Malaysia untuk terus menyokong mandat global Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) demi ketersambungan yang lebih bermakna, selamat dan inklusif.
“Alhamdulillah, selesai tugas mewakili Malaysia di Baku, Azerbaijan sempena Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Sedunia 2025 (WTDC-25).
“Sepanjang persidangan, saya turut bertemu rakan sejawat dari Algeria, Azerbaijan, Bahamas, Bulgaria, India, Iran, Pakistan, Palestin, Afrika Selatan dan Uganda bagi membincangkan pelbagai perkara termasuk potensi kerjasama dalam telekomunikasi, keselamatan siber dan pembangunan digital,” katanya dalam kenyataan.
Fahmi menambah, Kerajaan MADANI akan terus memacu masa depan digital yang lebih inklusif, selamat dan berdaya tahan, dengan kerjasama antarabangsa sebagai penggerak utama.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

