Di bumi Afrika PM tidak lupakan Gaza, gesa pembantaian dihentikan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berada di bumi Afrika sama sekali tidak pernah melupakan nasib saudara seagama di Gaza yang teruk dizalimi Israel.

Anwar ketika menghadiri Sidang Kemuncak G20 menegaskan, masalah yang membelenggu rakyat Palestin harus diselesaikan segera begitu juga nasib menimpa penduduk di Sudan dan Ukraine.

“Saya menyatakan kepada semua negara yang hadir bahawa kita sedang berhimpun di sebuah benua yang pernah dirundung dasar apartheid yang bobrok dan luka yang ditinggalkan sangat membekas.

“Ini menjadi hujah pokok saya dalam menggesa kezaliman dan pembantaian di Gaza dihentikan, serta berusaha untuk mengakhiri kemelut di Sudan serta mencari penyelesaian damai di Ukraine,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: MetMalaysia keluar amaran hujan tahap buruk 5 daerah di Kelantan mulai hari ini

Beliau pada masa sama berkongsi pengalaman ASEAN dalam menangani tekanan dan pemerasan politik, kejutan dari dampak tarif, rantaian bekalan lesu serta perubahan teknologi yang bergerak pantas.

“Pengajaran dari itu tersedia jelas yakni ketahanan tidak lahir dari ‘isolation’, tetapi terjelma dari dasar yang sepadu dan kerangka peraturan yang boleh dijangka.

“Justeru, saya tegaskan betapa gelombang AI akan mengubah corak pasaran kerja dan ia akan menjadi jauh lebih rumit sekiranya negara tidak bersedia dengan rempuhan gelombang tersebut,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This