Pemilik kedai mohon maaf, tak perasan bendera terbalik ketika mahu ukur tiang nak pasang Jalur Gemilang

Dari Penulis

PEMILIK kedai perkakas di Jalan Bertam Pertama dekat Kepala Batas menjelaskan bahawa tidak perasan akan Jalur Gemilang yang dipasang terbalik ketika sedang mengukur panjang batang besi untuk memasang bendera itu di luar premisnya.

Pang Chin Tian, 59 berkata, dirinya mengakui kekhilafannya dan memohon maaf kepada masyarakat yang kurang senang dengan kesilapannya itu.

Memetik laporan Harian Metro, Chin Tian mendakwa ketika kejadian pada pagi tadi dia sekadar mengukur ketinggian batang besi itu.

Dia turut menjelaskan bahawa Jalur Gemilang di dalam video tular itu belum diikat dengan sempurna, sebelum dia bersama pekerjanya tersedar dan menurunkan semula bendera untuk dipasang semula dengan betul.

Terdahulu, Pang bersama pekerjanya berusia lingkungan 20-an dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung kontroversi yang dicetuskan mereka.

Jelasnya, dia akur dan memberi kerjasama kepada pihak polis menjalankan siasatan berhubung insiden itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Lexus positif dadah rempuh remaja hingga maut

SEORANG remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah yang terbabas ke laluan...

More Articles Like This