MANGSA banjir yang mendaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akan menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) bernilai RM1,000 sebaik sahaja pulang ke rumah mereka.
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Meor Ismail Meor Akim berkata, bantuan akan disalurkan menerusi Akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) dan mangsa perlu mempunyai akaun tersebut.
“Matlamat kita bila mangsa banjir balik ke rumah, dapat BWI tapi semua melalui akaun BSN, tiada bantuan tunai.
“Mana yang tiada akaun BSN, pergi ke kaunter buka akaun. Bantuan itu untuk membeli keperluan asas sebaik pulang ke rumah dan nilainya RM1,000 untuk satu keluarga, syaratnya, mesti berdaftar.
Baca artikel lain: Perkhidmatan MySawasdee dibatalkan, akses ke Stesen Arau terjejas akibat banjir
“Kita mohon semua mangsa berdaftar. Daftar dan balik rumah pun tak apa sebab kadang-kadang ada yang perlu jaga rumah dan keluar bekerja.
“Cuma kalau ada mangsa dalam kalangan anak kecil, warga emas atau orang kurang upaya (OKU), minta kekal di PPS,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geting, hari ini.
Dari segi aset dan kekuatan sumber manusia untuk penugasan banjir, Meor Ismail berkata, keadaan masih terkawal dan tiada penambahan diperlukan.
Katanya, seramai 103,500 sumber manusia membabitkan agensi berkaitan bersiap siaga ketika ini, malah ada yang sudah bertugas di lapangan.
“Kita ada Skuad Insan MADANI yang diketuai Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bila-bila masa boleh gerakkan jika ada keperluan,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

