Mangsa kebakaran Putra Heights terima bantuan sewa rumah fasa ketiga

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MANGSA kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, April lalu akan menerima bantuan sewa rumah fasa ketiga dalam masa terdekat.

Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan EXCO Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Datuk Borhan Aman Shah dalam kenyataan.

Menurut Borhan, keputusan itu telah dicapai menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor yang bersidang semalam.

Beliau berkata, ia susulan laporan yang dikemukakan oleh pejabat daerah berhubung keperluan bantuan sewa rumah bagi tempoh Oktober hingga Disember ini.

Katanya, bayaran itu melibatkan seramai 123 ketua isi rumah (KIR) dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM738,000.

“Pembayaran bantuan ini akan disalurkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dalam masa terdekat.

Baca artikel lain: Insiden Putra Heights: Amirudin jelaskan isu jengkaut, dakwaan PBT tak ikut SOP

“Dengan kelulusan fasa ketiga ini, Kerajaan Negeri Selangor terus menzahirkan komitmen untuk memastikan kebajikan mangsa kebakaran sentiasa diberi perhatian, selain memastikan merek dapat kembali ke rumah masing-masing apabila keadaan benar-benar pulih dan selamat,” katanya dalam kenyataan.

Untuk rekod, pada fasa pertama (April hingga Jun), seramai 365 KIR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2,190,000 menerima bantuan sewa rumah sementara.

Bagi fasa kedua (Julai hingga September) membabitkan seramai 144 KIR dengan jumlah keseluruhan RM864,000.

Dalam kejadian kebakaran saluran paip gas pada 8.10 pagi 1 April lalu menyebabkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan memakan masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This