Lelaki parah, Honda Civic dihimpit treler pecah tayar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG lelaki parah apabila kereta jenis Honda Civic yang dipandunya dihimpit dan dilanggar sebuah treler yang pecah tayar di Kilometer (KM) 56.9 Lebuhraya Utara-Selatan, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh memaklumkan kejadian tersebut dipercayai berlaku pada pukul 12 tengah hari semalam melibatkan kereta jenis Honda Civic itu dengan treler jenis Volvo.

Menurut beliau, siasatan mendapati kejadian itu dipercayai berlaku apabila tayar hadapan sebelah kanan treler tersebut pecah secara tiba-tiba hingga menyebabkan stereng treler tersebut terkunci.

“Akibat kehilangan kawalan, treler tersebut bergerak masuk ke lorong kanan dan menghimpit serta melanggar kereta mangsa sebelum melanggar besi penghadang jalan.

Baca artikel lain: Seorang maut, 18 diselamatkan TLDM insiden bot karam di Pulau Perak

“Keadaan itu menyebabkan pemandu kereta mengalami kecederaan serius pada bahagian leher dan patah kaki kanan serta dikejarkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang bagi menerima rawatan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian Online hari ini.

Mengulas lanjut, Bahrin memberitahu, mangsa kini berada dalam pemantauan pihak hospital manakala pemandu treler yang berusia 48 tahun tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing ke atas pemandu treler itu didapati negatif.

“Akibat kemalangan itu, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk, terutama pada bahagian hadapan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis Shah Alam berjaya tahan suspek kes cabul, liwat remaja berusia 15 tahun

PIHAK polis berjaya menahan suspek kes cabul dan liwat melibatkan dua remaja berusia 15 tahun seperti yang tular di...

More Articles Like This