Shamsul Iskandar, Albert Tei dibawa ke mahkamah mohon reman

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BEKAS Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan, Albert Tei telah dibawa ke Kompleks Mahkamah Putrajaya, pagi ini untuk permohonan reman.

Kedua-duanya yang dibawa dengan van Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba pada pukul 9 pagi tadi.

Permohonan reman itu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan dalam sebuah klip video memaparkan perbualan antara seorang wanita dikenali sebagai Sofia Rini Buyong dengan Albert.

Ketika dibawa keluar dari van SPRM, Albert yang berada di hadapan menjerit mendakwa tindakan ke atasnya sebagai memalukan dan menghina negara.

Shamsul Iskandar pula dilihat berdiam diri sehingga dibawa masuk ke dalam mahkamah.

Semalam, SPRM mengesahkan telah menahan tiga individu dalam kes dakwaan rasuah melibatkan Albert kepada Shamsul Iskandar.

Baca artikel lain: SPRM tahan Albert Tei, Shamsul Iskandar dan Sofia Rini hari ini – Azam Baki

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tiga individu tersebut adalah Albert sendiri atau nama sebenarnya Tei Jiann Cheing, Shamsul Iskandar dan Sofia Rini.

Menurut Azam, Sofia Rini telah ditahan Khamis lalu pada pukul 10.30 malam ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi membantu siasatan.

Albert yang disifatkan individu paling penting bagi membantu siasatan kes itu telah ditahan pada pukul 10.15 pagi semalam.

SPRM juga telah menahan Shamsul Iskandar pada pukul 12.51 tengah hari semalam.

SPRM juga telah menyerahkan notis Seksyen 28 A (9) Kanun Prosedur Jenayah kepada Albert Tei yang mana ia memberi kuasa kepada pihak berkuasa yang menyiasat bagi menafikan hak tertuduh untuk berhubung dengan peguam dan mana-mana pihak lain.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This