SEORANG anggota polis yang dilaporkan hilang selepas kereta dinaiki terbabas dalam sebuah parit ketika banjir melanda Sepang, Jumaat lalu ditemukan lemas.
Anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai itu ditemukan lemas kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar memaklumkan, mangsa ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) JBPM serta polis.
“Polis dan JBPM yang berada di lokasi menemui mangsa dalam jarak kira-kira 50 meter dari lokasi kenderaan mangsa,” katanya hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Konstabel Muhammad Rahimi Amiruddin, 23 tahun yang telah bertugas di Balai Polis Nilai sejak setahun lalu.
Baca artikel lain: Anggota polis dikhuatiri lemas kereta terbabas dalam parit ketika banjir di Sepang
Media sebelum ini melaporkan anggota polis itu dikhuatiri lemas selepas kereta dinaiki terbabas dalam sebuah parit ketika banjir yang melanda Sepang, Jumaat lalu.
Kejadian itu berlaku ketika mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Bezza terbabas berhampiran Klinik Desa Giching, Sepang.
Mangsa dipercayai cuba berenang keluar dari parit berkenaan selepas Perodua Bezza itu tersekat dalam banjir.
Difahamkan, sebelum kejadian itu, mangsa yang berasal dari Johor telah melawat keluarga di kampung berkenaan dan dalam perjalanan ke tempat kerja.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

