PKR menghormati dan menerima dengan rendah diri keputusan ditentukan pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, semalam.
Pengarah Pilihan Raya Bersama, Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan menjelaskan, PKR menerima dengan hati terbuka suara rakyat yang disifatkannya sebagai peringatan dan pengajaran sentiasa membawa hikmah.
Nurul Izzah selaku Timbalan Presiden PKR turut mengambil tanggungjawab sepenuhnya secara kolektif sebagai sebuah pasukan atas keputusan tersebut.
Pada masa sama, Nurul Izzah dan Saifuddin Nasution berkata, keputusan itu turut mencerminkan sentimen rakyat terhadap isu tadbir urus, ketelusan dan kepimpinan lokal.
“Mesej yang jelas bahawa ketidaksepakatan bukan sahaja melemahkan kekuatan politik, bahkan menghakis keyakinan rakyat terhadap keupayaan kita menawarkan kepimpinan yang stabil dan bertanggungjawab.
“Bersama Saifuddin Nasution, kami sedar bahawa perjalanan panjang sebuah perjuangan bukan terletak pada kemenangan semata-mata tetapi pada kesediaan untuk menginsafi kelemahan, memperbaikinya dan bangkit semula dengan lebih baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Nurul Izzah dan Saifuddin Nasution berkata, PKR telah diberi ruang bertanding di 12 kerusi, suatu peningkatan yang menzahirkan bahawa benih keyakinan terhadap parti itu mula bercambah di Sabah.
Mereka menyatakan, sokongan jentera dan anggota juga semakin mengukuh walaupun bukan kemenangan pada angka tetapi disifatkan kemenangan pada tekad dan kesungguhan.
Baca artikel lain: PRN Sabah: Kerajaan MADANI hormati penuh mesej tegas, jelas pengundi – PM
PKR turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua jentera parti serta akar umbi yang telah mengorbankan masa, sumber dan tenaga tanpa lelah sepanjang kempen PRN Sabah.
“Tahniah kepada semua calon yang diberikan mandat termasuk kerusi tunggal yang diamanahkan kepada PKR.
“Pikul amanah ini dengan kesungguhan, berkhidmatlah dengan tekad yang jujur kerana setiap tindakan kalian akan menentukan masa depan rakyat yang memilih,” katanya.
PKR yang merupakan salah satu parti komponen Pakatan Harapan (PH) hanya mampu memperoleh satu kerusi pada PRN Sabah ke-17 semalam.
Kemenangan itu diperoleh menerusi ‘calon luar’ iaitu Datuk Jamawi Jaafar di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap.
Jamawi memperoleh 5,064 undi dengan majoriti tipis 525 undi.
Kerusi DUN Melalap menyaksikan pertembungan lapan kerusi.
PRN Sabah menyaksikan Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi 29 kerusi DUN diikuti Parti Warisan yang memperoleh 25 kerusi dan Barisan Nasional (BN) enam kerusi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

