Seorang daripada dua nelayan hilang di Sandakan ditemukan lemas

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEORANG daripada dua nelayan yang dilaporkan hilang sejak 29 November lalu di Sandakan, ditemukan lemas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, mayat berkenaan ditemukan oleh Penyelam Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR TEAM) Maritim Malaysia kira-kira jam 12.22 tengah hari, 8.1 batu nautika utara Pulau Nunuyan, dipercayai lokasi bot mangsa karam.

Menurut beliau, identiti mangsa sedang dikenal pasti namun, berdasarkan pengecaman awal oleh ahli keluarga, mayat tersebut disahkan sebagai Akbar, 24 tahun, warganegara Indonesia, yang merupakan salah seorang daripada dua kru bot yang dilaporkan hilang.

Katanya, mayat berkenaan telah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut termasuk proses pengecaman rasmi dan bedah siasat.

“Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) yang memasuki hari kedua hari ini melibatkan aset Maritim Malaysia iaitu KM PERINGGI, Bot BANGGI 44 dan Bot ADAL 14.

“Turut membantu ialah Bot FIC 2205 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Bot PSC 13 daripada Pasukan Polis Marin (PPM), Bot SEALEG Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), serta Bot SEALEG Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Pasukan penyelam turut diatur gerak bagi meneruskan usaha mengesan seorang lagi mangsa dan bot nelayan terbabit,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Muhamad Suhairy berkata, Maritim Malaysia akan meneruskan operasi pencarian sehingga mangsa terakhir Mohd Aswal Arman, 32 tahun berjaya ditemukan atau menerima arahan lanjut daripada Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kota Kinabalu.

Katanya, Maritim Malaysia turut bekerjasama dan sentiasa berhubung dengan pihak konsulat Indonesia berkaitan kejadian ini.

“Maritim Malaysia menasihati komuniti maritim agar sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan ketika menjalankan aktiviti di laut, termasuk memakai jaket keselamatan, memastikan peralatan komunikasi berfungsi dan memastikan bot berada dalam keadaan baik sebelum belayar.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden ini boleh menyalurkannya melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan di talian 089-221923,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Perluas peranan Petronas di Turkmenistan kukuh kedudukan Malaysia

KEJAYAAN memperluas peranan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam sektor tenaga di Turkmenistan membuka akses kepada antara rizab gas terbesar...

More Articles Like This