Maritim Malaysia tahan kapal tangki Indonesia simpan diesel tanpa dokumen sah

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SEBUAH kapal tangki ditahan selepas disyaki menyimpan kira-kira 50 metrik tan minyak diesel tanpa dokumen sah bernilai hampir RM180,000.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Salehuddin Zakaria berkata, kapal itu ditahan ketika bersauh pada kedudukan 0.5 batu nautika barat daya Kuala Melaka di perairan Selat Melaka pada pukul 3.30 petang semalam.

“Kapal tangki berkenaan dikesan bot ronda Maritim Malaysia dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan mendapati kapal itu menyimpan kira-kira 50 metrik tan cecair disyaki minyak diesel.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kru kapal berkenaan gagal mengemukakan sebarang invois pembelian atau dokumen pengesahan pemilikan bahan api itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Salehuddin berkata, kapal dari Batam, Indonesia itu memiliki lima orang kru warga Indonesia berusia 20 hingga 46 tahun.

Jelasnya, minyak tersebut dipercayai diambil di perairan Melaka untuk dibawa keluar tanpa sebarang dokumen sah di bawah Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This