SEPASANG bakal pengantin meninggal dunia selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 61 meter, semalam.
Kejadian kira-kira pulul 5.30 petang itu berlaku di Kilometer 52, Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring dekat Bukit Kawah, Hulu Terengganu.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab memaklumkan, mangsa dikenali sebagai Hassan Shazali, 52, berasal dari Melor, Kota Bharu manakala pasangannya, Suzaimah Che Azis, 34, dari Gua Musang.
Menurut beliau, lelaki itu bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Lebir, Gua Musang manakala pasangannya bekerja di kantin sekolah yang sama dan mereka dijadual melangsungkan perkahwinan pada 25 Disember ini.
Katanya, pasangan tersebut menaiki Toyota Fortuner itu sedang dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu menuju ke rumah mereka di Gua Musang, Kelantan.
Baca artikel lain: Wanita maut selepas motosikal ditunggang dilanggar kereta
“Siasatan awal mendapati kenderaan dipandu mangsa melalui laluan yang sebenarnya telah ditutup kepada semua kenderaan akibat kejadian tanah runtuh sebelum ini.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, Toyota Fortuner dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung.
“Kedua-dua mangsa tercampak keluar dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Mengulas lanjut, Sharudin memaklumkan, mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk proses bedah siasat.
“Keadaan jalan di lokasi merupakan jalan persekutuan yang tidak rata, ditutup sepenuhnya kepada kenderaan serta berada dalam kawasan tanah runtuh ketika kejadian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

