KERAJAAN bersetuju untuk menubuhkan Ombudsman Malaysia sebagai agensi Pusat bagi mengurus dan menyelesaikan aduan awam dengan mandat lebih menyeluruh.
Penubuhan Ombudsman Malaysia itu merangkumi salah tadbir, salah laku, perlindungan pemberi maklumat dan kebebasan maklumat.
Perkara itu telah dipersetujui menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) Siri 8 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi tadi.
Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri memaklumkan, beberapa persetujuan penting melibatkan pembaharuan dasar dan perundangan telah dicapai bagi memperkukuh keberkesanan serta integriti pentadbiran kerajaan dan perkhidmatan awam.
“Penubuhan ini menegaskan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkukuh hak rakyat serta memelihara integriti sektor awam.
“Rang Undang-Undang Ombudsman Malaysia dijadual dibentangkan pada awal 2026,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Kembali ke Sabah selepas PRN, bukti komitmen buat rakyat – PM
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, Kerajaan MADANI turut menitikberatkan peningkatan pematuhan korporat bagi syarikat yang mengurus dana awam supaya mandat sosial mereka dilaksana mengikut standard tadbir urus yang baik dan berlandaskan kerangka undang-undang yang lebih tersusun.
Katanya, ia termasuk cadangan undang-undang baharu bagi menyelaras Perusahaan yang Dimiliki atau Dikawal oleh Kerajaan (SOE) termasuk anak syarikat badan berkanun.
“Segala persetujuan ini mencerminkan iltizam teguh Kerajaan MADANI untuk terus memacu reformasi institusi, dasar dan perundangan secara holistik.
“Demi mengukuhkan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap ketelusan pentadbiran negara serta mutu perkhidmatan awam,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

