MCA kekal bersama BN – Johari Ghani

Dari Penulis

MCA masih kekal bersama Barisan Nasional (BN) dengan hubungan kedua-dua parti berada dalam keadaan baik.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, setiap parti mempunyai agenda tersendiri dan sebarang keputusan bergantung kepada pertimbangan dalaman masing-masing.

“Tapi setakat hari ini, saya nampak MCA kekal bersama BN. Kita ada pertalian yang sangat rapat dengan MCA iaitu lebih daripada 50 tahun.

“Cuma kita semua kena terima hakikat kebanyakan negara di dunia hari ini, apabila ia membabitkan politik, tidak semua akan dapat kuasa secara mutlak.

“Jadi apa perlu kita buat, kita perlu adjust (sesuaikan),” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan 100 Tahun Penyelidikan Getah Malaysia, hari ini.

Baca artikel lain: 2 cedera pesawat ringan microlight terhempas

Semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, MCA tidak teragak-agak untuk menilai semula kedudukan strategiknya bersama BN, sekiranya UMNO terus cenderung untuk menjalinkan kerjasama di luar gabungan itu, terutama DAP.

Menurut beliau, pendirian MCA amat jelas, tiada DAP dalam sebarang keputusan besar mengenai kerjasama politik pada masa depan, jika UMNO terus cenderung kepada kerjasama di luar BN terutamanya DAP sehingga semangat BN hilang makna, MCA tidak akan berdiam diri.

Mengulas lanjut, Johari berkata, hubungan kedua-dua parti sudah terjalin lebih lima dekad dan kerjasama itu menjadikan kedua-dua parti saling memahami satu sama lain.

“Jadi sudah tentu kita sudah terbiasa dengan rakan yang sudah lama bersama kita. Parti lain-lain mungkin belum tentu lagi,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MONSTA cipta sejarah disenarai finalis WIPO Global Awards 2026

SYARIKAT animasi tempatan, MONSTA mencipta sejarah apabila disenaraikan sebagai finalis WIPO Global Awards 2026, sekali gus mengharumkan nama Malaysia...

More Articles Like This