Revolusi padi ala Sekinchan tingkatkan produktiviti – Mohamad

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

USAHA Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memperkenalkan kaedah penanaman padi ala Sekinchan setakat ini sudah membuahkan beberapa hasil yang diharapkan.

Menteri berkaitan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, hasil jelas di Kampung Lat 1000, Perlis di mana pengeluaran padi naik daripada tujuh tan kepada 10 tan metrik per hektar.

“Sudah lama pesawah berdepan hasil padi yang kurang memuaskan. Melihat keadaan ini, kita telah memperkenalkan kaedah penanaman ala Sekinchan untuk meningkatkan produktiviti.

“Ini bukti bahawa pendekatan moden ini mampu mengubah hasil pesawah dengan ketara.

“KPKM akan terus memperluaskan kaedah ala Sekinchan ke lebih banyak kawasan supaya lebih ramai pesawah dapat menikmati hasil dan pendapatan yang lebih baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Kelindan maut tersepit lori rempuh treler

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Lokman Hakim Ali berkata,
Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan dijangka diperluaskan ke seluruh negara.

Katanya, amalan pertanian berhasil tinggi yang dilancarkan pada Mei 2023 itu, menyaksikan salah satu kawasan perintis penanaman padi berjaya meningkatkan hasil pengeluaran.

Katanya, nama ala Sekinchan diambil kerana melihat kepada kaedah dan formula pengurusan yang dilaksanakan di kawasan itu sangat berkesan dalam membantu menaikkan angka hasil pengeluaran padi sehinggakan pengeluaran di situ mampu mencecah sehingga 13 tan metrik per hektar.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ismael Saibari jadi wira, Maghribi kecewakan Belanda langkah ke pusingan 16

MAGHRIBI meneruskan kemaraan ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2026 selepas berjaya menewaskan Belanda 3-2 dalam penentuan sepakan penalti,...

More Articles Like This