TAN Sri Muhyiddin Yassin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sebuah video yang tular bahawa beliau telah mencuri wang parti dan menyimpannya di rumah.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai tuduhan liar berbentuk sangkaan yang amat tidak berasas sama sekali.
“Saya tidak pernah mencuri wang parti. Semua sumbangan kepada parti dimasukkan ke dalam akaun parti yang diurus secara telus oleh bendahari agung.
“Dakwaan sedemikian dibuat berkemungkinan kerana beliau mendapat maklumat yang tidak benar daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Sebagai seorang negarawan, beliau sepatutnya mendapatkan penjelasan daripada saya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan terhadap saya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Dr Mahathir didakwa menuduh Muhyiddin mencuri wang parti ketika pertemuan Angkatan Anak Muda Bersatu (Armada) Johor bersama bekas Ahli Parlimen Langkawi itu di Putrajaya pada awal minggu ini.
Baca artikel lain: Anggaran kerugian banjir di Perlis berjumlah RM150 juta
Muhyiddin menambah, dalam banyak pertemuan dengan bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu, beliau tidak pernah membangkitkan perkara ini di hadapannya.
Maka tegas beliau, adalah menjadi tanggungjawab untuk menjelaskan perkara ini supaya tidak menimbulkan fitnah ke atas dirinya.
“Walau bagaimanapun saya tetap menghormati Tun Mahathir sebagai orang tua. Saya sendiri telah menyokong usaha-usaha beliau untuk mewujudkan perpaduan orang Melayu dan hubungan kami adalah akrab.
“Oleh yang demikan, saya tidak berhasrat untuk mengheret beliau ke mahkamah,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

