PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan bahawa Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bukan syarat kemasukan ke universiti-universiti ternama di China.
Menurut Asyraf Wajdi, hal itu terbukti selepas beliau mengadakan rundingan dengan universiti-universiti ternama Negara China seperti Tsinghua, Peking dan Shanghai Jiao Tong University baru-baru ini.
“Dalam perundingan saya dengan universiti-universiti ternama Negara China seperti Tsinghua, Peking, Shanghai Jiao Tong University, sijil UEC bukan merupakan syarat kemasukan. MARA mula hantar pelajar-pelajar SPM yang cemerlang,” katanya menerusi perkongsian di media sosial beliau.
Baca artikel lain: Isu UEC: Bahasa Melayu perlu kekal sebagai teras nasional – Anwar
Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) perkenalkan bahas ketiga yang perlu dikuasai sama ada bahasa Arab, Mandarin, Perancis, Jerman, Jepun dan Korea.
Katanya, pelajar-pelajar MRSM yang cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan dapat menguasai salah satu daripada bahasa tersebut akan diberikan keutamaan untuk ditaja ke Universiti-universiti terkemuka dunia di negara-negara berkenaan.
Matlamatnya, jelas beliau adalah untuk melahirkan generasi teknokrat, profesional yang menguasai bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa ketiga sama ada Mandarin, bahasa Arab, Jepun, Korea, Jerman, Perancis atau Sepanyol.
“Insya-Allah pemindahan teknologi dan kepakaran termasuk juga mewujudkan jaringan ekonomi dan perniagaan antarabangsa dengan negara-negara maju ini dapat dilakukan dengan lebih berkesan pada masa akan datang apabila generasi akan datang menguasai lebih banyak bahasa,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

