PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa parti pimpinannya tidak mempunyai ‘hubungan langsung’ dengan DAP.
Jelas beliau, sebaliknya menekankan bahawa kerjasama sedia ada dalam kerajaan perpaduan terjalin antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
“Kita (UMNO) tidak pernah mempunyai hubungan langsung dengan DAP.
“Hubungan kita ialah antara Barisan Nasional dengan Pakatan Harapan. Oleh kerana MCA adalah merupakan parti komponen di dalam BN dan DAP adalah parti komponen di dalam PH.
Baca artikel lain: 19 pegawai AKPS KLIA dikenakan tindakan tatatertib
“Maka kita harus meletakkan asas utama bahawa kerjasama ini bukan daripada parti ke parti, tetapi dari segi gabungan ke gabungan dan perkara ini boleh diselesaikan juga kesefahaman dapat dicapai,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang dilaporkan memberi amaran agar BN tidak meneruskan kerjasama dengan PH dalam pilihan raya umum akan datang.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menegaskan kepentingan mengamalkan rasionaliti politik, khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16.
“Serahkanlah kepada kepimpinan utama kedua-dua gabungan untuk menangani dan melepasi permasalahan yang ada,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

