Hidangan Makaroni Berlauk Adabi ini sangat istimewa. Cara masaknya mudah, dicipta khas oleh Chef Alwi Mahfodz buat peminat pasta sesuai untuk dihidangkan tamu.

Adabi Pasta Makaroni ini diperbuat 100% dari gandum semolina durun berkualiti tinggi, dijamin tekstur yang kenyal dan pejal selepas dimasak. Ia merupakan pilihan Chef Alwi dalam setiap masakan pasta. Produk Adabi Pasta Makaroni ini mempunyai Halal Jakim dan diyakini selamat dinikmati seisi keluarga.

Mudah dimasak, jimat masa dan sesuai untuk gaya hidup moden dan sudah semestinya sedap. Jom pakat-pakat beli! Cubalah resipi iniu pasti takkan menyesal…

Makaroni Berlauk Adabi

BAHAN-BAHAN
1 paket Adabi Pasta Makaroni
1 tin sardin sos tomato dengan Cili Adabi
1 tin sardin sos tomato Adabi
1 tin sardin kari Adabi
1 kotak kecil Santan Adabi
200 gm mentega
100 gm tomato ceri
3 tangkai hirisan cili merah
2 labu bawang besar – cincang kasar
1 labu bawang Holland – cincang kasar
10 biji bawang putih – cincang kasar
250 gm parutan keju
2 sudu besar asam jawa Adabi
6 tangkai hirisan daun bawang
2 biji limau nipis
Garam
CARA PENYEDIAAN :
- Panaskan air di dalam periuk. Masukkan segenggam garam dan Adabi Pasta Makaroni. Sementara makoroni masak, sediakan Sardin Adabi.
- Panaskan kuali, tuangkan minyak zaitun, masukkan mentega, bawang putih, bawang merah dan bawang Holland, masak sehingga kekuningan.
- Masukkan hirisan cili merah, tomato ceri, sardin kari Adabi, sardin Adabi, sardin sos tomato Adabi, asam jawa dan garam serta sedikit perahan limau nipis. Pecah-pecahkan sardin, masukkan daun bawang dan parutan keju. Masak sebati dan biarkan seketika.
- Makaroni yang telah dimasak dituskan airnya. Tuangkan makaroni di atas sardin dan taburkan parutan keju serta santan di atasnya.
- Kemudian bakar di dalam ketuhar selama 20-30 minit. Hidangankan panas-panas mengikut citarasa dan kreativiti anda.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

