PM nasihat timbalan menteri baharu galas amanah dengan sebaiknya

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

AMANAH dan tanggungjawab yang dipikul perlu digalas sebaik-baiknya agar setiap dasar dan polisi kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan serta memberi manfaat nyata kepada rakyat.

Demikian nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menerima kunjungan timbalan-timbalan menteri yang baharu, hari ini.

“Saya menegaskan kepentingan untuk terus memelihara hubungan yang baik dengan semua pihak, bukan sahaja di peringkat kementerian dan agensi, malah merangkumi seluruh lapisan masyarakat.

“Peri pentingnya, aspek komunikasi diperkasakan secara berterusan supaya maklumat yang disampaikan jelas, tepat dan sampai ke semua lapisan masyarakat, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang berteraskan keterangkuman dan kebertanggungjawaban,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Baca artikel lain: Ustaz madrasah tular belasah guna topi keledar digantung tugas – JHEAINS

Semalam, seramai tujuh menteri termasuk dua yang baharu dilantik mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara.

Selain itu, lapan timbalan menteri yang baharu dilantik turut mengangkat sumpah jawatan.

Perdana Menteri hadir pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu, yang berlangsung di Singgahsana Kecil pada pukul 10 pagi.

Istiadat bermula dengan lafaz ikrar sumpah jawatan dan taat setia serta majlis penandatanganan dokumen rasmi pelantikan yang disaksikan Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Johor perlukan politik menyatukan dan bukan yang memecah-belah – Mohamad Sabu

PRESIDEN Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan Johor memerlukan politik yang menyatukan dan bukan memecah-belahkan. Tegasnya, apabila...

More Articles Like This