KADAR tol di 10 lebuh raya utama di seluruh negara adalah kekal tanpa sebarang perubahan pada tahun hadapan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Alexander berkata, kerajaan mengambil keputusan tersebut sebagai satu daripada usaha untuk melindungi kebajikan rakyat.
Jelas beliau, 10 lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Cheras-Kajang (GRANDSAGA), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2).
Selain itu, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) serta Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) turut dikekalkan kadar tol.
“Keputusan ini selaras dengan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai lalu dalam Pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia, yang kerajaan bersetuju supaya rakyat terus menikmati kadar tol sedia ada tanpa sebarang kenaikan.
“Perkara ini kemudian telah dipersetujui secara retrospektif dalam Mesyuarat Jemaah Menteri semalam, bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan kadar tol itu,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Baca artikel lain: Kadar tolak tawaran haji 2026 rendah, kesan peremajaan jenama TH
Alexander menjelaskan langkah berkenaan membuktikan kesungguhan kerajaan dalam meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya pengguna lebuh raya dengan memastikan tiada sebarang kenaikan kadar tol dilaksanakan sepanjang tahun hadapan.
Beliau berkata, walaupun kerajaan perlu menanggung implikasi kewangan yang besar dengan pampasan berjumlah RM591.56 juta bagi 2026, kerajaan tetap memilih untuk mendahulukan kepentingan rakyat.
“Peruntukan ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta memastikan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan.
“Kementerian Kerja Raya akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan pengurusan lebuh raya negara kekal mampan, efisien dan selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang mengutamakan rakyat,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

