INDIVIDU berusia antara 21 hingga 30 tahun dikesan menjadi golongan paling ramai menjadi mangsa jenayah telekomunikasi bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Statistik itu dikeluarkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman yang dimuat naik ke Facebook, hari ini.
Menurut statistik itu, sebanyak 28,698 kes jenayah telekomunikasi telah direkodkan di seluruh negara sepanjang tempoh 11 bulan tahun ini.
Katanya, kesemua kes itu telah mencatatkan jumlah kerugian mencecah RM715 juta.
“Mengikut pecahan usia, golongan berusia antara 21 hingga 30 tahun menjadi jumlah mangsa tertinggi iaitu melibatkan seramai 8,789 orang.
“Ia diikuti kumpulan usia 31 hingga 40 tahun iaitu 6,825 orang,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Baca artikel lain: Kerajaan teliti laporan hasil pendapatan Meta promosikan iklan scam – Fahmi
Mengulas lanjut, JSJK Bukit Aman memberitahu, seramai 4,977 mangsa dikesan berusia antara 41 hingga 50 tahun.
Selain itu, seramai 3,382 individu berusia 51 hingga 60 tahun turut dilapor menjadi mangsa manakala 2,763 orang direkodkan dalam kalangan warga emas berusia lebih 60 tahun.
Jelasnya, kumpulan usia antara 15 hingga 20 tahun pula mencatatkan 1,962 orang.
“Situasi ini membuktikan bahawa jenayah telekomunikasi memberi kesan kepada semua lapisan umur.
“Justeru, orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang bentuk penipuan.
“Orang ramai yang menjadi mangsa boleh membuat laporan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997, membuat semakan melalui portal Semak Mule serta melaporkan kejadian kepada polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

