ENAM saksi telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki berusia 11 tahun di sebuah sekolah rendah agama di Kampung Pandan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, setakat ini siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihaknya dengan meneliti beberapa kemungkinan.
“Berhubung kemungkinan mangsa lain dan bentuk perlakuan amang seksual yang didakwa berlaku, siasatan masih dijalankan dan maklumat terperinci belum dapat didedahkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Semalam, media melaporkan seorang guru di sebuah sekolah di Kampung Pandan ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual membabitkan seorang budak lelaki berusia 11 tahun.
Semakan mendapati, lelaki berusia 40 tahun itu mengajar di sekolah berkenaan selama kira-kira 11 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.
Fadil menambah, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau dan beliau direman enam hari bermula semalam bagi membolehkan siasatan dijalankan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

