Ustaz belasah pelajar guna topi keledar didakwa 13 pertuduhan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SEORANG ustaz yang tular membelasah pelajar madrasah dengan menggunakan topi keledar didenda RM18,200 atas 13 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, kes yang mendapat perhatian ramai itu selesai disiasat dan dibawa kepada pihak pendakwaan.

Jelas beliau, kertas siasatan kes telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada 17 Disember lalu.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis telah menjalankan siasatan terperinci serta membuat tangkapan ke atas suspek yang juga merupakan pengelola atau tenaga pengajar madrasah berkenaan.

Baca artikel lain: Namewee dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan ambil dadah

“Suspek akan dituduh di mahkamah pada 22 Disember di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan 13 pertuduhan berasingan berkaitan kesalahan menyebabkan kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini

Pada masa sama, Kasim menegaskan pihaknya memandang serius kejadian tersebut khususnya hal-hal yang melibatkan kebajikan kanak-kanak.

“Tindakan tegas akan diambil selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Orang awam juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi, tidak menyebarkan maklumat tidak sahih serta menghormati proses perundangan dan privasi semua pihak terlibat, khususnya mangsa,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This