JPJ naik taraf sistem, kemaskini data saman

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang melaksanakan kerja-kerja penaiktarafan sistem serta pengemaskinian pangkalan data bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan ketepatan rekod.

Ia susulan isu tular di media sosial kononnya saman lampau kembali wujud dalam sistem JPJ.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati, tidak terpengaruh dan tidak menyebarkan sebarang kenyataan yang mengelirukan.

Menurut Aedy Fadly, situasi yang didakwa sebagai ‘saman lampau’ atau saman yang telah diselesaikan bukan saman ‘tiba-tiba diwujudkan’ semula.

Baca artikel lain: JPJ Melaka siasat bas merah jambu, Axia didakwa lakukan aksi pemanduan berbahaya

Sebaliknya, kata beliau, saman tersebut boleh kembali wujud di dalam sistem berikutan proses penyelarasan data, penguatkuasaan semula atau kewujudan rekod yang belum ditutup secara rasmi mengikut prosedur.

“JPJ memberi jaminan bahawa setiap rekod saman adalah tertakluk kepada semakan sistem dan audit dalaman yang berterusan bagi memastikan integriti data sentiasa terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Aedy Fadly memaklumkan, agensi itu juga menyediakan platform bagi orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau memerlukan pengesahan lanjut berkaitan status saman.

Beliau berkata, orang ramai boleh berurusan terus melalui saluran rasmi JPJ.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This