Dua nama calon telah dikemuka jadi Menteri Besar Perlis – Abdul Hadi

Dari Penulis

PAS telah pun mengemukakan dua nama calon sebagai Menteri Besar Perlis untuk menggantikan Mohd Shukri Ramli yang meletakkan jawatan secara sukarela, semalam.

Memetik laporan BH Online, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan, dua nama calon Menteri Besar Perlis itu telah diserahkan kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail untuk pertimbangan.

Menurut Abdul Hadi, Pas masih menguasai jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis berbanding parti-parti lain.

Beliau berkata, perkara itu masih sah walaupun parti itu telah menggugurkan keahlian tiga wakil rakyatnya.

“Kita masih mempunyai enam kerusi dan Bersatu hanya ada lima kerusi, kita layak mengemukakan calon Menteri Besar,” katanya.

Baca artikel lain: Mohd Shukri letak jawatan Menteri Besar Perlis

Dalam pada itu, Abdul Hadi menjelaskan peletakan jawatan Mohd Shukri tidak ada kena mengena dengan tindakan lapan ADUN termasuk lima daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menandatangani akuan bersumpah (SD) menarik sokongan terhadapnya.

Sebaliknya, beliau berkata, Mohd Shukri meletakkan jawatan atas faktor kesihatan.

Pada masa sama, katanya, Pas sudah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) di tiga DUN tersebut.

Rabu lalu, Pas memutuskan keahlian tiga ADUN Perlis daripada parti itu terhenti serta-merta susulan tindakan mereka menandatangani akaun bersumpah (SD) yang didakwa menjejaskan kepimpinan kerajaan negeri.

Tiga ADUN yang digugurkan itu ialah Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji).

Semalam, Mohd Shukri mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis secara sukarela atas faktor kesihatan.

Beliau telah mempersembahkan surat peletakan jawatan kepada Raja Perlis selepas diberi perkenan menghadap, semalam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tiada kos tambahan LRT3 walaupun lewat siap, kontraktor dikenakan denda RM2.729 juta sehari – Loke

KERAJAAN menegaskan projek Transit Aliran Ringan Laluan Shah Alam (LRT3) tidak membabitkan sebarang pertambahan kos meskipun berlaku kelewatan menyiapkan...

More Articles Like This