BUMBUNG sebuah stesen minyak di Sungai Ular, Kulim runtuh selepas dilanggar sebuah treler dalam kejadian pada pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintan Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng memaklumkan, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 7.20 pagi tadi.
Menurut beliau, bumbung stesen minyak itu roboh selepas treler jenis Volvo itu mahu membelok untuk mengisi minyak.
“Pemandu treler berusia 24 tahun itu memandu treler berkenaan dari Klang, Selangor menghala ke Kuala Ketil sebelum singgah di stesen minyak tersebut.
Baca artikel lain: Dua maut, lima lagi cedera kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Senai-Desaru
“Ketika tiba di stesen minyak berkenaan untuk mengisi minyak dan membelok ke pam diesel, secara tiba-tiba badan treler berkenaan terlanggar bumbung stesen minyak itu menyebabkan runtuh.
“Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu,” katanya seperti dilapor BH Online.
Mengulas lanjut, Tengku Mohd Faisal berkata, kes tersebut disiasat di bawah di bawah Peraturan 10, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59).
Katanya, treler berkenaan tidak mengalami sebarang kerosakan manakala stesen minyak itu mengalami kerosakan pada bumbung dan empat pam minyak.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

