Hujung tahun di ibu kota yang tenang, kesesakan hanya ‘geli-geli’

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SETIAP kali tibanya penghujung tahun terutama dalam tempoh dua minggu sebelum menjengah bulan Januari, terasa suasana yang mungkin tidak dirasai sepanjang tahun.

Vibe itu dapat dirasai khususnya melibatkan orang ramai sama ada tinggal atau bekerja di Lembah Klang.

Ini kerana pada tempoh inilah keadaan jalan raya dirasakan lebih ‘tenang’ berbanding sepanjang tahun.

Berbeza pada hari bekerja biasa, tempoh ke pejabat hanya mengambil masa kira-kira setengah jam sahaja disebabkan keadaan jalan yang agak lengang berbanding satu ke satu setengah jam.

Kesesakan pada waktu ini juga disifatkan hanya ‘geli-geli’ sahaja, bukan ekstrem seperti kebiasaannya.

Dua cuti umum iaitu Hari Krismas pada 25 Disember lalu dan sempena tahun baharu pada 1 Januari ini membuatkan ramai warga kota menghabiskan cuti tahunan masing-masing.

Pada tempoh dua minggu inilah kita dapat saksikan lebuh raya utama negara sama ada menghala ke selatan atau pun ke utara penuh sesak dengan kenderaan ditambah pula anak-anak sudah mula cuti sekolah.

Ada yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Ada juga yang memilih untuk bercuti bersama keluarga.

Baca artikel lain: Kabinet sudah ‘siap’ tapi pahat terus berbunyi

Destinasi pilihan? Tentu sekali lokasi-lokasi percutian popular dalam negara seperti Cameron Highlands; Pulau Langkawi; Pulau Pinang dan Melaka.

Bagi yang berkemampuan, waktu hujung tahun ini merupakan tempoh paling sesuai menikmati cuaca musim sejuk di ‘kampung’ London, Tokyo, Seoul mahupun Paris.

Beberapa rakan penulis pula meluangkan masa lebih santai bersama keluarga ‘menjadi pelancong’ di sekitar Kuala Lumpur.

Muzium Negara; Petrosains dan Pusat Sains Negara menjadi antara lokasi tumpuan bagi ‘pelancong’ di ibu kota.

Selain bercuti atau melawat lokasi tumpuan, waktu hujung tahun ini turut digunakan untuk berehat di rumah sahaja selepas sepanjang tahun membanting tulang mencari rezeki.

Walau apa pun pilihan anda, masa bersama keluarga itu emas. Nikmatilah dengan sehabisnya kerana masa tidak akan dapat kembali semula.

Nikmati juga waktu hujung tahun di ibu kota yang tenang, sebelum semuanya menjadi ‘normal’ semula apabila tiba Isnin, 5 Januari 2026 nanti.

Afiq Mohd Shah adalah Penolong Pengarang Berita UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This