UtusanTV mengadakan kunjungan hormat ke atas Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) bagi memperkukuh hubungan serta meneroka peluang kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.
Pertemuan yang berlangsung secara mesra itu menyaksikan Ketua Pengarang UtusanTV, Metra Syahril Mohamed dan Ketua Pengarah YAPEIM, Zabidi Nasan saling memperkenalkan diri serta berkongsi latar belakang organisasi masing-masing.
Turut hadir, Pengarang Majalah Saji, Rosmarlinda Kamarudin dan Penolong Pengarang Berita, Ahmad Afiq Syahmi Mohd Shah.

Antara yang dibincangkan termasuk peranan YAPEIM dalam memperkasa masyarakat melalui pelbagai inisiatif sosial, ekonomi dan pendidikan.
Baca artikel lain: YaPEIM cari punca kuasa kawal NGO kutip derma – Mohd Na’im
Perbincangan tersebut turut membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk menilai potensi kerjasama dalam aspek media, komunikasi dan pembangunan masyarakat.
Kunjungan itu juga adalah langkah awal ke arah menjalin hubungan lebih erat, sekali gus menyokong usaha memperkukuh agenda pembangunan ummah dalam negara.
Ia bukan sekadar pertemuan rasmi, tetapi mencerminkan keperluan sinergi antara media dan institusi sosial dalam membentuk masyarakat yang lebih berdaya tahan.
Gabungan kekuatan komunikasi UtusanTV dan pelaksanaan YAPEIM dilihat mampu memberi impak berganda, bukan sahaja meningkatkan kesedaran, tetapi juga menggalakkan penyertaan masyarakat dalam program pembangunan.
Untuk rekod, UtusanTV kini menjadi media arus perdana nombor satu di laman media sosial TikTok, dengan jumlah pengikut setakat ini sebanyak 5.8 juta orang.
UtusanTV juga semakin mengukuhkan kedudukan di platform media sosial yang lain seperti Facebook (148,000 pengikut); Instagram (140,000 pengikut) dan Telegram (62,305 pengikut).
Dengan jumlah terkumpul pengikut di semua platform media sosial melebihi 6 juta, UtusanTV telah menjadi pilihan utama ramai pihak untuk mendapatkan berita terkini yang sahih dan tepat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

