Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TAN Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa 1 Januari ini.

Perkara itu dinyatakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut mengucapkan terima kasih kepada semua kepemimpinan PN yang telah memberikan sokongan kepadanya sepanjang menjadi Pengerusi PN.

“Saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua kepimpinan PN yang telah memberikan sepenuh sokongan kepada saya selama saya memimpin PN sejak penubuhannya lima tahun lalu.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua barisan kepimpinan PN dan parti-parti anggotanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, peletakan jawatan itu terkait kemelut politik di Perlis yang akhirnya membawa kepada pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis dari Bersatu, Abu Bakar Hamzah dilantik sebagai Menteri Besar baharu negeri itu.

Baca artikel lain: Pas terima siapapun nak berkawan, tidak rugi jika ada yang pergi tak kembali – Afnan Hamimi

Hubungan antara Pas dengan Bersatu dilihat ‘retak menanti belah’ selepas berlakunya kemelut tersebut.

Ia selepas beberapa dakwaan daripada Pas dan Bersatu menyerahkan akuan bersumpah (SD) kepada Raja Perlis yang menyatakan mereka tidak lagi menyokong kepemimpinan ADUN Sanglang, Mohd Shukri Ramli sebagai Menteri Besar Perlis.

Tiga ADUN dari Pas iaitu Saad Seman (ADUN Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (ADUN Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (ADUN Guar Sanji) kemudiannya telah dihentikan keahlian daripada parti berkenaan.

Mohd Shukri kemudiannya telah meletakkan jawatan atas alasan kesihatan.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin Pas dilihat menyindir dan mengkritik Bersatu selepas pelantikan Menteri Besar baharu itu.

Antara yang mengeluarkan kenyataan secara sinis adalah Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari dan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This