Pas ambil alih kepimpinan PN, calon Pengerusi ditentukan minggu depan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PAS bakal menerajui kepemimpinan Perikatan Nasional (PN) dengan calon bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan diputuskan seawal minggu hadapan.

Perkara itu disahkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, Marang, hari ini.

Menurut Abdul Hadi, nama calon yang akan dicadangkan sebagai Pengerusi PN itu akan dibincangkan terlebih dahulu dalam mesyuarat Pas.

Selepas itu, katanya, perkara itu akan dibawa dalam mesyuarat bersama parti komponen PN termasuk kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Kita (Pas) dah buat keputusan akan ambil alih kepimpinan PN.

“Kita akan bincang dalam mesyuarat PN kerana masih ada anggota, bukan semua letak jawatan. Yang letak jawatan terpulang mahu hadir atau tidak.

“Dalam Pas pun kita akan bincang secepat mungkin. Mungkin minggu depan,” katanya.

Baca artikel lain: ‘Cakap-cakap kata PN menuju kehancuran tidak betul, ramai sokong idea PN+MN’ – Afnan Hamimi

Mengulas sama ada beliau berhasrat untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi PN, Abdul Hadi hanya menyatakan beliau berada dalam keuzuran.

Bagaimanapun, katanya, Pas masih mempunyai ramai calon yang boleh diangkat sebagai Pengerusi PN.

“Saya ini orang kata dalam keadaan keuzuran tetapi kita akan bincang dalam parti.

“Dalam Pas ini ada banyak (calon). (Ada) ahli politik dalam kalangan teknokrat pun ada,” katanya.

Selasa lalu, Muhyiddin secara rasmi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa semalam – 1 Januari 2026, selepas lima tahun menerajui gabungan itu, susulan krisis politik di Perlis.

Susulan tindakan beliau, empat pemimpin kanan PN turut mengumumkan peletakan jawatan mereka, termasuk Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga Pengerusi PN Selangor.

Selain itu, Pengerusi PN Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker; Pengerusi PN Johor, Dr Sahruddin Jamal dan Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This