YAYASAN Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) melancarkan inisiatif Tahun Infak YAPEIM 2026 dengan sasaran kutipan sebanyak RM70 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata, ia adalah satu daripada usaha memperkukuh kedudukan YAPEIM sebagai peneraju institusi infak berimpak tinggi di Malaysia.

Katanya, YAPEIM telah menyalurkan lebih RM700 juta manfaat kepada masyarakat sepanjang penubuhannya.
“Lebih sejuta penerima telah menikmati hasil gerak kerja YAPEIM dalam bidang ekonomi Islam, pendidikan dan sosial di seluruh negara.
“Alhamdulillah, sejarahnya menunjukkan bahawa YAPEIM telah memberikan manfaat lebih RM700 juta nilai kepada masyarakat.
“Hari ini kita ingin mencetuskan lagi satu gelombang baru YAPIEM, iaitu Tahun Infak YAPEIM 2026 dan kita sasarkan tahun infak ini sebanyak RM70 juta,” kata beliau.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Tahun Infak YAPEIM 2026 sempena Perhimpunan Warga Kerja YAPEIM 2026 di Cyberjaya, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM, Abdul Khudus Mohd Naaim; Ketua Pengarah YAPEIM, Zabidi Nasan serta warga kerja YAPEIM.
Baca juga: YAPEIM santuni 1,412 penerima manfaat dengan nilai agihan terkumpul RM79 juta pada 2025
Tahun Infak YAPEIM 2026 momentum strategik lonjak kembali budaya infak
YAPEIM melihat inisiatif pelancaran Tahun Infak YAPEIM 2026 sebagai momentum strategik untuk melonjakkan kembali budaya infak sebagai norma kehidupan masyarakat.
Ini sekaligus memperkukuh ekosistem pendanaan sosial negara secara lebih mampan dan berimpak.

Sebagai sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan mengurus dana infak secara berstruktur, YAPEIM perlu mengambil pendekatan yang lebih progresif.
Melalui pengukuhan tadbir urus, pemantapan platform digital dan penawaran program berkualiti tinggi, YAPEIM berada pada kedudukan strategik untuk memimpin agenda pendanaan sosial negara.
Pelancaran Tahun Infak 2026 juga didorong oleh aspirasi untuk mengangkat YAPEIM sebagai institusi infak pilihan utama negara.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

