SEORANG lelaki bergelar Tan Sri direman selama empat hari sehingga Ahad ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes penipuan pelaburan bernilai kira-kira RM300 juta.
SPRM dalam kenyataan memaklumkan, perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 60-an itu telah dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah.
Ia selepas SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.
Baca artikel lain: Kementerian Pertahanan zahir komitmen beri kerjasama penuh kepada SPRM
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan tersebut.
Beliau memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Selain lelaki bergelar Tan Sri itu, media melaporkan wanita berusia 50-an yang merupakan ahli lembaga pengarah syarikat dimiliki lelaki itu turut ditahan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

