BELUM ada sebarang pengesahan penglibatan rakyat Malaysia dalam nahas dua kereta api berkelajuan tinggi bertembung di selatan Sepanyol, petang semalam.
Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, Kedutaan Besar Malaysia di Madrid sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan Sepanyol di Cordoba.
Pada masa sama, katanya, pihak kedutaan juga sedang berhubung dengan pihak pengendali kereta api yang terlibat.
“Pihak kementerian sedang memantau rapat perkembangan insiden perlanggaran membabitkan dua buah kereta api berkelajuan tinggi di Sepanyol pada petang Ahad.
“Kementerian Luar akan terus memantau perkembangan insiden ini secara dekat dan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: Wisma Putra beri bantuan konsular sepenuhnya kepada keluarga Nadia Kesuma
Warga Malaysia boleh hubungi kedutaan
Sementara itu, warganegara Malaysia di Sepanyol yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Madrid.
Warganegara Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Madrid di talian +(34) 91 555 0684 / +(34) 91 555 0737 atau talian kecemasan +(34) 659 89 49 43.
Selain itu, orang awam juga boleh menghubungi menerusi e-mel di [email protected].
Seramai 21 orang dilapor maut setakat ini selepas dua kereta api berkelajuan tinggi tergelincir dan bertembung di selatan Sepanyol, mengakibatkan ia terbabas dari landasan dan jatuh ke cerun.
Kemalangan dilaporkan berlaku berhampiran Adamuz, di wilayah Cordoba yang terletak kira-kira 360 kilometer (km) selatan Madrid.
Kemalangan berlaku pada jam 6.40 petang waktu tempatan kira-kira 10 minit selepas tren Iryo berlepas dari Cordoba menuju Madrid.
Iryo ialah pengendali kereta api swasta, majoritinya dimiliki oleh kumpulan kereta api Itali yang dikawal oleh kerajaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

