Caj tapak bazar Ramadan seliaan DBKL diturunkan kepada RM400

Dari Penulis

CAJ tapak bazar Ramadan 2026 di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diturunkan daripada RM500 kepada RM400.

Perkara itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh yang menegaskan ia bagi meringankan kos penjaja kecil.

Menurut beliau, kadar caj yang sama turut diwajibkan ke atas persatuan penjaja bagi mengelakkan sebarang beban kewangan yang tidak munasabah dikenakan ke atas penjaja.

“Kerajaan MADANI menegaskan bahawa sebarang amalan sublet, jual beli tapak atau pengambilan untung berlebihan adalah dilarang sama sekali.

“Tindakan penguatkuasaan akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pelanggaran, termasuk yang melibatkan penganjur,” jelasnya.

Penambahbaikan penganjuran bazar

Beliau memberitahu, Kerajaan MADANI melaksanakan penambahbaikan menyeluruh terhadap penganjuran bazar Ramadan 2026 di Kuala Lumpur selaras dengan komitmen memperkukuh tadbir urus, melindungi kebajikan penjaja kecil serta menjaga kepentingan awam.

Penganjuran bazar tahun ini katanya, berteraskan prinsip tersusun, telus, berintegriti dan adil melalui pengurusan yang jelas melibatkan kawal selia pihak berkuasa tempatan, penglibatan komuniti penjaja serta keutamaan kepada keselesaan pengguna.

Bagi tahun ini, beliau menambah, pelaksanaan model pengurusan hibrid oleh DBKL mengekalkan peranannya sebagai pihak bertanggungjawab terhadap kawal selia, pelesenan dan penguatkuasaan manakala persatuan penjaja mengurus operasi harian tapak bazar.

“Pendekatan ini dibentuk hasil penilaian pelaksanaan lalu, dapatan post-mortem operasi serta libat urus bersama pihak berkepentingan bagi menutup kelemahan sedia ada dan memperkemas peranan setiap pihak,” katanya.

Tambah beliau, antara dapatan utama hasil post-mortem pelaksanaan terdahulu yang dikenal pasti ialah pelaksanaan permohonan secara terbuka dan penawaran petak melalui proses undian telah menyebabkan penafian hak penjaja berlesen sedia ada di beberapa lokasi bazar.

Malah katanya, wujud ketidakpuasan hati dalam kalangan persatuan penjaja kerana tidak dapat membantu ahli-ahli persatuan yang telah sedia ada berniaga di beberapa lokasi tapak bazar.

“Penganjuran tahun ini melibatkan 41 lokasi petak niaga. Sebanyak sembilan lokasi petak niaga berada di bawah seliaan DBKL, manakala 32 lokasi petak dikendalikan oleh persatuan penjaja.

“Tiga persatuan utama yang terlibat ialah Pertubuhan Pasar Malam Kuala Lumpur (PMKL), Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP) serta Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPPBWPKL) bagi memastikan penglibatan menyeluruh penjaja di peringkat akar umbi serta pemantauan penganjuran yang lebih jelas,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis kesan lelaki ceroboh kawasan rumah di Taman Puchong Prima

POLIS sedang mengesan dan mengenal pasti seorang lelaki tidak dikenali yang disyaki telah menceroboh kawasan belakang sebuah rumah di...

More Articles Like This