Suami isteri warga emas rentung rumah hangus terbakar

Dari Penulis

SEPASANG suami isteri warga emas ditemukan rentung selepas rumah dua tingkat didiami mereka hangus dalam kebakaran di Kampung Lausan, Batu 4, Kudat, tengah malam tadi.

Nahas tragik itu berlaku kira-kira pukul 11.58 malam tadi melibatkan suami isteri warga emas berusia 74 dan 73 tahun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Darikson Galanang memaklumkan, mayat kedua-dua mangsa ditemukan rentung dalam bilik tidur mereka.

Menurut Darikson, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.58 malam dengan 10 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejauh kira-kira enam kilometer.

“Pasukan kita tiba di lokasi pada jam 12.36 tengah malam dan mendapati sebuah rumah jenis tidak kekal dua tingkat terbakar 100 peratus.

Baca artikel lain: Tiga rumah setinggan, dua kenderaan di Kampung Bellamy hangus terbakar

“Operasi memadam kebakaran berdepan kesukaran berikutan laluan sempit termasuk sebuah jambatan kecil serta kedudukan wayar elektrik rendah yang menghalang pergerakan jentera bomba ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Darikson memberitahu, pihaknya mengambil masa kira-kira satu jam sebelum berjaya mengawal sepenuhnya kebakaran pada pukul 1.30 pagi.

Katanya, mangsa pertama dikeluarkan pada pukul 2 pagi manakala mangsa kedua pula kira-kira pukul 3.50 pagi.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan dan siasatan lanjut.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.47 pagi selepas keadaan disahkan selamat dan tiada lagi bahaya lain dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

162 bekas tentera wanita disaring, hanya 16 dipilih warden MRSM

SERAMAI 162 calon warden wanita Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dalam kalangan bekas tentera telah pun menjalani sesi saringan,...

More Articles Like This