PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menonton Konsert Live P. Ramlee Madu Tiga di Malaysian Philharmonic Orchestra, malam tadi.
Konsert tersebut dipimpin oleh konduktor Ahmad Muriz Che Rose bersama pasukannya yang begitu berdedikasi dan profesionalisme dalam menyampaikan persembahan muzik begitu mengagumkan.
Perdana Menteri menyifatkan karya-karya Allahyarham P. Ramlee bukan sahaja hiburan semata, tetapi juga cerminan nilai, budaya dan identiti seni kita.
“Malah seni Allahyarham mengajar kita pentingnya kreativiti dan dedikasi dalam berkarya selain memberi inspirasi kepada semua.
“Semoga generasi masa kini terus menghargai dan memelihara warisan seni ini serta mengenang sumbangan Allahyarham P. Ramlee dalam industri hiburan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

