Kerajaan tuntut semula kos, kerugian ditanggung libatkan kes Sulu

Dari Penulis

KERAJAAN MADANI sedang mengkaji strategi serta langkah untuk menuntut kembali kos dan kerugian yang ditanggung Malaysia dalam tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, walaupun penimbang tara telah dikenakan hukuman penjara akibat melanggar perintah mahkamah dalam kes ini, namun kerugian secara langsung dan tidak langsung ditanggung negara adalah tinggi.

“Kerajaan Malaysia menegaskan pendirian bahawa kedaulatan negara tidak boleh dikompromi.

“Dalam perkembangan terkini, Mahkamah Rayuan Perancis baru-baru ini telah membatalkan sepenuhnya ‘award akhir’ dalam tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah. Ia disifatkan sebagai kemenangan besar kepada negara,” jelasnya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (GRS-Keningau) sama ada kerajaan akan mengambil semua tindakan yang diperlukan, selaras dengan keputusan Mahkamah Agung Perancis baru-baru ini untuk menolak tuntutan Sulu.

Azalina menambah, kemenangan Malaysia itu sekali gus menamatkan semua cubaan tidak berasas daripada penuntut Sulu serta pembiaya litigasi mereka untuk memeras wang dan aset daripada rakyat Malaysia.

Katanya, kerajaan telah menghentikan sepenuhnya sebarang bayaran kepada pihak yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu sejak 2013.

Keputusan ini jelas beliau, dibuat susulan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu yang mencabuli kedaulatan negara dan mengorbankan 10 wira negara.

“Kerajaan menegaskan bahawa tiada lagi sebarang obligasi bayaran akan dibuat kepada mana-mana pihak, sama ada individu mahupun pihak asing, kerana kedaulatan Sabah dalam Persekutuan Malaysia adalah mutlak dan diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Melangkah ke hadapan, kerajaan akan terus mengambil segala langkah yang perlu, sama ada melalui saluran perundangan antarabangsa mahupun diplomasi bagi memastikan isu ini diselesaikan secara tuntas dan tidak lagi mengganggu-gugat kepentingan negara pada masa hadapan,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This