Unik Falak adakan lawatan teknikal ke tempat Cerapan Menara Kuala Lumpur

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

UNIT Falak, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan telah mengadakan lawatan teknikal ke tempat Cerapan Menara Kuala Lumpur pagi tadi sebagai persediaan bagi pelaksanaan Cerapan Rasmi Ramadan 1447H.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memaklumkan, lawatan melibatkan kerjasama pihak pengurusan Menara Kuala Lumpur dan vendor teknikal yang dilantik bagi memastikan kesiapsiagaan fasiliti cerapan.

“Fokus utama lawatan adalah pemeriksaan keadaan fasiliti serta pelaksanaan kerja-kerja servis dan penyelenggaraan pilar cerapan bagi menjamin kestabilan struktur, keselamatan dan ketepatan penggunaan peralatan.

“Pemeriksaan menyeluruh turut dilakukan terhadap komponen pilar dan peralatan sokongan yang akan digunakan semasa cerapan anak bulan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Empat penguat kuasa, seorang pesara ditahan disyaki terlibat rasuah rangkaian pusat urut

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati fasiliti berada dalam keadaan baik dan sesuai digunakan, namun beberapa penambahbaikan dikenal pasti perlu dilaksanakan sebagai persediaan akhir.

Penambahbaikan tersebut termasuk penggantian papan plate bacaan bearing, penggantian skru yang longgar serta kerja servis tambahan.

“Ini sekali gus mencerminkan komitmen semua pihak dalam memastikan kelancaran cerapan rasmi,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This