109 projek perumahan swasta terbengkalai bernilai RM12.95 bilion – KPKT

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEJUMLAH 109 projek perumahan swasta terbengkalai berlesen meliputi 30,027 unit rumah dan 15,580 pembeli di seluruh Semenanjung dengan nilai Gross Development Value (GDV) RM12.95 bilion setakat 31 Julai tahun ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, berdasarkan statistik tersebut, sejumlah 17 projek (15.6 peratus) perumahan swasta terbengkalai berlesen berada di Kelantan.

Katanya, ia melibatkan 1,125 unit rumah (3.7 peratus) dan 1,039 pembeli (6.7 peratus) dengan GDV bernilai RM106.5 juta.

Jelas beliau, taburan 17 projek tersebut masing-masing enam di Parlimen Machang, empat di Parlimen Tanah Merah, masing-masing dua di Parlimen Pasir Mas dan Ketereh dan masing-masing satu di Parlimen Kota Bharu, Jeli dan Gua Musang.

“Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Task Force Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) sentiasa melaksanakan intervensi konstruktif yang proaktif dan bersasar untuk memulihkan projek-projek terbengkalai.

“Inisiatif ini rata-ratanya mengambil masa di antara satu hingga lima tahun berdasarkan kompleksiti dan keunikan isu masing-masing.

“Antara langkah yang diambil adalah seperti bertindak sebagai mediator mencari jalan penyelesaian sama ada menyiapkan projek bersama pemaju asal, pemaju penyelamat atau pelikuidasi sehingga mendapat Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance, CCC) atau penyelesaian bersama pembeli,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Negara.

Beliau menjawab soalan Senator Dr Hajah Wan Martina Wan Yusoff mengenai status semasa projek perumahan terbengkalai di negeri Kelantan yang berada di bawah seliaan KPKT.

Kor Ming menambah, KPKT komited memastikan setiap rakyat mempunyai tempat tinggal tanpa mengira sama ada secara pemilikan atau sewaan.

Katanya, KPKT sentiasa berusaha untuk memelihara dan melindungi hak pembeli dengan memastikan pengurusan projek perumahan dilaksanakan dengan baik agar projek tidak tergolong dalam kategori sakit atau terbengkalai.

“Kerajaan MADANI akan terus berusaha menangani isu projek sakit dan terbengkalai agar nasib pembeli terus dibela dan rakyat terus menikmati perumahan yang berkualiti,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

rojek


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Krisis Negeri Sembilan: Semua pihak perlu ikut jalur hukum yang sah – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa semua pihak perlu mengikut jalur hukum yang sah serta menghormati Perlembagaan...

More Articles Like This